Najis

Najis 

Erti najis ialah sesuatu benda yang kotor da menyebabkan tidak sah solat dan tawaf.Najis ada tiga bahagian iaitu najis mughallazah, mukhafafah dan mutawassitah  

  1. Mughallazah (najis berat)
  • iaitu sejenis najis yang berat najis anjing dan babi(kinzir) serta keturunannya. 
  •  cara menyucikannya ialah hilangkan ain najis, kemudian cucikan najis sebanyak tujuh kali, sekali dengan air yang bercampur tanah dan enam kali dengan air mutlak. (samak)

      2. Mutawassitah (najis sederhana)
  • iaitu najis yang sederhana seperti nanah, darah, muntah, bangkai, arak, mazi, wadi, air kencing, tahi dan sebagainya 
  • cara menyucikannya ialah hilangkan ain najis, kemudian lapkan najis dengan air mutlak sehingga hilang warna, bau dan rasanya.  
     
      3. Mukhafafah (najis ringan)
  • najis yang ringan  iaitu najis air kencing kanak-kanak lelaki yang umurnya kurang dari dua tahun dan hanya meminum susu ibunya sahaja.
  • cara menyucikannya ialah hilangkan ain najis, kemudian renjiskan air mutlak ketempat yang terkena najis tersebut.


Toharah 
  1. Hadas kecil ialah sesuatu perkara yang menyebabkan terbatalnya wudu. Antara perkara yang menyebabkan terbatalnya wuduk ialah terkentut, buang air kecil dan air besar, mazi dan wadi
  2. Hadas besar ialah sesuautu perkara yang menyebabkan mandi wajib antaranya keluar darah haid, nifas, air mani, bersetubuh. 
  3.  
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُواْ وَإِن كُنتُم مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاء فَلَمْ تَجِدُواْ مَاء فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُواْ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُم مِّنْ حَرَجٍ وَلَكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
(Surah Al-Maidah:ayat 6)

      2 comments:

      1. Kebersihan sangat dituntut dalam agama kita.Lebih-lebih lagi kita sebagai umat islam Allah murka kepada mereka yang tidak menjaga kebersihan ,segala amalan tidak diterima olehNya jika kita dlm keadaan yg kotor kerana ia adalah amalan syaitan.

        ReplyDelete
      2. owh.. baru tau bhgn2 najis tu

        ReplyDelete