Solat

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Al-An`aam:162




  • SOLAT atau sembahyang adalah rukun islam yang kedua dari rukun islam. Solat merupakan perkara yang dituntut(wajib) oleh agama bagi semua umat islam samaada lelaki mahupun perempuan. Solat  lima waktu sehari semalam adalah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahawa di Akhirat kelak amalan yang pertama sekali disoal adalah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna maka barulah ditanyakan tentang amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain . 
  • Solat fardu ialah solat yang diwajibkan ke atas orang islam yang cukup syarat iaitu solat lima waktu sehari semalam . Ia juga adalah ibadat yang paling asas dalam Islam oleh itu umat islam wajib menunaikannya selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardhu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

  • Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

  • Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.
  • Solat  terbahagi kepada dua bahagian iaitu solat  sunat dan solat fardu(wajib) 
  • Solat Fardhu adalah Solat fardu diwajibkan keatas umat Islam sebanyak 5 kali sehari semalam pada waktu-waktu tertentu dengan menurut rukun solat yang ditentukan.

Waktu-waktu Solat Fardhu:

Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut :


Solat subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. - 2 rakaat


Solat zohor - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. 4 rakaat/ solat Jumaat (bagi orang lelaki) - 2 rakaat


Solat asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. - 4 rakaat


Solat maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. - 3 rakaat


Solat isyak - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. - 4 rakaat 


 Syarat wajib solat 
  1. Islam 
  2. Baligh 
  3. Berakal 
  4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan 


Syarat sah solat 
  1. Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil 
  2. Suci dan bersih pakaian dan tempat solat dari najis 
  3. Menutup aurat
  4. Menghadap kiblat
  5. Yakin bahawa masuknya waktu solab
 LAFAZ NIAT SOLAT FARDHU.

i) Niat solat subuh

أُصَلِّى فَرْضَ الْصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.”

ii) Niat Solat Zuhur

أُصَلِّى فَرْضَ الْظُهْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah Taala,
Allahu akbar.”

iii) Niat Solat Asar

أُصَلِّى فَرْضَ الْعَصْرِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu asar empar rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.”

iv) Niat solat Maghrib
أُصَلِّى فَرْضَ الْمَغْرِبِ ثَلاَثَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala
Allah Akbar.”

v) Niat Solat Isya`
أُصَلِّى فَرْضَ الْعِشَاءِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ أَدَاءً مَأْمُوْمًا / إِمَامًا ِللهِ تَعَالىَ
“Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala ”.









Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:


1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
5. Ketika masuk matahari.


Perbuatan sunat sebelum solat:


Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
Iqamah.


Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.







Solat Sunat 


 ialah solat yang dilakukan dengan sebab-sebab tertentu dan bukan sebab tertentu.
  1. Solat Sunat Dhuha
  2. Solat Sunat Tahajjud 
  3. Solat Sunat Hajat 
  4. Solat Sunat Taubat 
  5. Solat Sunat Istikharah 
  6. Solat Sunat Israq
  7. Solat Sunat Witir 
  8. Solat Sunat Gerhana 
  9. Solat Sunat Tarawih  


Solat Jamak dan Qasar 
  1. Solat Jamak merupakan  kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara menghimpunkan dua solat dalam satu masa/waktu iaitu menghimpun Zuhor dengan asar, atau maghrib dengan isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
  2. Solat Jamak terbahagi kepada dua bahagian iaitu jamak taqdim dan takkhir.
  3. Solat Qasar adalah kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara memendekkan/meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat(zuhur, asar dan isyak) menjadi dua rakaat.sahaja.  
Syarat-syarat solat jamak dan qasar 
  1. Tujuan musafir bukannya untuk tujuan maksiat 
  2. Perjalanan hendaklah melebihi dua marhalah 
  3. Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat zohor, asar, dan isyak sahaja, dan dilaksanakan tunai
  4. Hendaklah diniatkan qasar didalam masa takbiratul ihram
  5. Tidak boleh berimankan orang yang bersolat tamam(sempurna)
  6. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu.jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak qasar 
  7. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.


2 comments:

  1. mudah2an ia boleh jadi sumber ilmu dan bermanfaat utk semua.

    ReplyDelete
  2. bgs gak info nie.. bermanfaat tok kita smua.tk.

    ReplyDelete