Puasa

(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

 
Ertinya:

Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang 
boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit
fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
 
Kewajiban berpuasa terdapat dalam firman Allah SWT sebagai berikut :
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al-Baqarah : 183).

“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam.” (QS. Al-Baqarah : 187).


Puasa Wajib ialah puasa yang diperintahkan oleh Allah kepada orang-orang islam pada bulan ramadhan kecuali uzur maka hendaklah diganti dengan fidyah.


Syarat Wajib Puasa
  1. Islam
  2. Baligh dan berakal
  3. Suci dari haidh dan nifas
  4. Mampu melaksanakan puasa, bagi orang yang tidak mampu seperti sakit, orang tua yang sudah tidak mampu untuk berpuasa, maka mereka boleh tidak berpuasa dan wajib mengqadhakannya di lain hari. Bagi yang sudah tua diwajibkan membayar fidyah.
Syarat Sah Puasa 

a. Islam
b. Tamyiz.
c. Suci dari haidh dan nifas.
d. Bukan pada hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa.

Rukun Puasa
  1. Niat, maka niatnya harus dilaksanakan pada malam hari (sebelum terbit fajar). Untuk puasa sunnah niatnya boleh dilakukan pada pagi hari sebelum masuk waktu zuhur.Dari Hafshah Ummum Mu’minin ra, bahwa Nabi SAW bersabda : “Siapa yang tidak menetapkan niat puasa sebelum fajar maka tidak sah puasanya.” (HR. Imam yang lima).
  2. Meninggalkan segala yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.


Sunnah Puasa

1. Makan sahur.
Dari Anas bin Malik ra, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Hendaklah kalian makan sahur, karena dalam sahur itu terdapat suatu keberkahan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

2. Mengakhirkan waktu makan sahur.
Dari Zaid bin Tsabit ra, ia berkata : Kami makan sahur bersama Rasulullah SAW kemudian bangun untuk shalat shubuh. Ia ditanya tentang berapa lama antara sahur dan shalat shubuh itu. Ia menjawab : Kira-kira selama membaca lima puluh ayat. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

3. Menyegerakan berbuka puasa.
Dari Sahl bin Sa’ad ra. Rasulullah SAW bersabda : “Oarang masih tetap dalam kebaikan selama mereka mempercepat berbuka puasa.” (HR. Al-Bukhori dan Muslim).

4. Berbuka dengan kurma atau sesuatu yang manis.

5. Membaca doa ketika berbuka.

6. Memberi makan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa.
“Siapa yang memberi makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala sebanyak pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut.” (HR. At-Turmudzi).

Perkara Yang Membolehkan Tidak Berpuasa
  1. Kerana sakit yang menyebabkan seseorang tidak mampu berpuasa
  2. Kerana dalam perjalanan yang jauh (musafir).
  3. Kerana usia tua yang sudah lemah sehingga tidak mampu lagi berpuasa atau Kerana pembawaannya fisikal yang lemah.
  4. Karena hamil ataumenyusukan anak.



Perkara yang Membatalkan Puasa:
Sekiranya :

1)Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung,
telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum
tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).


Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak
mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).

1)Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan nafsu shahwat.
5) Marah.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim) 

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)


 Puasa Ganti/Qadha 
ialah puasa ganti bagi orang-orang yang dibenarkan berpuasa seperti berikut :


Cara Mengganti Puasa yang Ditinggalkan pada Bulan Ramadhan
  1. Wajib mengqadhakan puasa pada hari lain, iaitu bagi :
    • Orang sakit yang ada harapan sembuh meninggalkan puasanya.
    • Wanita yang sedang haidh.
    • Wanita yang hamil dan takut membahayakan diri atau kandungannya.
    • Wanita menyusukan anak jika ia dikuatiri akan membahayakan dirinya dan anaknya.
    • orang yang musafir yang harus pada syara' 
    • “Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”                      (QS. Al-Baqarah : 185).
  2. Wajib membayar qadha dan fidyah, aitu bagi wanita hamil dan menyusukan anak kerana takut membahayakan janin/anaknya.
  3. Wajib membayar fidyah saja, aitu :
    • orang yang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh.
    • orang yang sudah tua yang tidak mampu lagi berpuasa.
      “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (aitu): memberi makan seorang miskin”. (QS. Al-Baqarah : 184).
  4. Wajib qadha dan membayar fidyah dan masih berdosa, aitu orang yang sengaja meninggalkan puasa tanpa uzdur syar’i.
Amalan Sunnah pada Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia, bulan yang penuh berkah dan amal ibadah orang-orang mu’min akan dilipatgandakan amalannya.

Dari Abu Hrairah ra, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda yakni ketika datang bulan Ramadhan : “Sungguh telah datang padamu bulan yang penuh berkah, pada bulan ini Allah SWT mewajibkan kamu berpuasa, ketika itu dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu syaithan-syaithan, dan pada waktu itu dijumpai pula suatu malam yang mulianya lebih berharga dari seribu bulan. Maka barang siapa yang tidak berhasil memperolehnya sungguh ia tidak akan mendaptakannya itu
  1. Melaksanakan solat tarawih dan solat sunnah dalam mengamalkan qiyam Ramadhan.
    Dari Abu Hurairah ra, ia berkata Rasulullah SAW sangat menganjurkan untuk beribadah/solat sunnah pada malam bulan Ramadhan tetapi dalam hal ini beliau tidak mewajibkannya dan beliau bersabda : “Barang siapa yang beribadah solat sunnah pada malam bukan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari Allah SWT, maka diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR. Muslim).
  2. Memperbanyak membaca Al-Qur’an atau tadarus dan lebih baik lagi jika mempelajari isinya dan mengajarkannya kepada orang lain.
  3. Memperbanyak sedekah dan memberi makan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa.
    Dari Anas dikatakan kepada Rasulullah SAW : “Rasulullah, sedekah manakah yang paling baik?”. Rasulullah menjawab : “Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”    (HR. At-Turmudzi).
  4. Memperbanyak melakukan i’tikaf, aitu berdiam di dalam masjid dengan diiringi niat.
    Dari Aisyah ra, ia menerangkan bahwa Rasulullah SAW melakukan i’tikaf setelah tanggal dua puluh ramadhan sehingga beliau wafat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). Membaca Al-Qur’an, sedekah dan i’tikaf itu disunnahkan pada setiap waktu, tetapi ketiga hal ini lebih diutamakan lagi pada bulan Ramadhan, kerana pada bulan ini terdapat suatu malam yang disebut malam qadar (lailatul qadar). Di mana bila kita beribadah tepat di malam itu nilainya lebih mulia daripada beribadah selama seribu bulan. “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr : 1-5).
    Mengenai bila datangnya malam qadar, menurut pendapat para ulama yang paling kuat adalah malam-malam ganjil sesudah tanggal 20 Ramadhan (aitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29)
    Puasa Nazar
    • Nadzar adalah janji akan melakukan kebaikan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT baik dengan syarat maupun tidak dengan syarat. Melakukan kewajiban yang yang asalnya tidak wajib, jika dinadzarkan menjadi wajib.

    • Nadzar dengan syarat misalnya seorang siswa akan berpuasa selama tiga hari jika naik kelas. Sedangkan nadzar tanpa syarat ialah mewajibkan sesuatu atas dirinya tanpa sebab, seperti sesorang yang bernadzar mengucapkan : “Dengan karena Allah saya akan berpuasa tiga hari dalam minggu ini.” Jadi puasa nadzar adalah puasa yang dinadzarkan untuk beribadah mendekatkan diri kepada Allah SWT. “Siapa yang bernadzar akan mentataati Allah, maka hendaknya ia menepati janjinya.” (HR. Al-Bukhari).

    • Bila seseorang melanggar nadzar yang telah diucapkannya, maka ia harus membayar kafarat (denda) dengan memilih salah satu bentuk di bawah ini :
    1. Memberi makan sepuluh orang miskin.
    2. Memberi pakaian sepuluh orang miskin
    3. Memerdekakan hamba sahaya.


    Firman Allah SWT :
    “Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kafarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kafaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kafarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).” (QS. Al-Maidah : 89).

    Kafarat nadzar sama dengan kafarat sumpah, hal ini sesuai denan sabda Rasulullah SAW :
    “Kafarat nadzar itu adalah kafarat sumpah.” (HR. Muslim).
    Orang yang bernadzar pada hal-hal yang dilarang dalam agama, ia tetap berkewajiban membayar kafarat dan tidak boleh/berdosa jika melaksanakan nadzarnya.



    Puasa Sunnah


    Puasa sunnah ialah puasa yang hukumnya sunnah aitu jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan bagi orang tersebut tidak berdosa.

    Puasa sunnah antara lain :

    1) Puasa 6 hari dibulan Syawal
    Dari Abu Ayyub Al-Anshori ra. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan, lalu diikuti dengan puasa 6 hari di bulan syawal, ia seperti berpuasa selama setahun.” (HR. Muslim).
    Umar ra. berkata Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan, lalu diikuti dengan puasa 6 hari di bulan syawal, maka diampuni dosanya laksana pada hari dilahirkan oleh ibunya.” (HR. Thabrani)

    2) Puasa di hari A'rafah
    Ibnu Umar ra.`berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang berpuasa di hari Arafah maka diampuni dosa yang telah lewat dan dosa yang akan datang.” (HR. Abu Said).

    3) Puasa pada hari ‘Asyura
    Dari Abu Qatadah Al-Anshari ra. bahwasanya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa di hari Arafah, lalu beliau menjawab : “Puasa di hari Arafah dapat menghapus dosa-dosa tahun lalu dan tahun yanga akan datang. Beliau ditanya tentang puasa di hari ‘Asyura, lalu beliau menjawab : puasa di hari ‘Asyura dapat menghapus dosa-dosa tahun lalu.” (HR. Muslim).
    Ibnu Abi Syaibah dari Abu Hurairah ra. berkata : “Berpuasalah pada hari Asyura, itu merupakan hari di mana para nabi berpuasa. oleh itu berpuasalah kalian.”

    4) Pasa pada hari Tasu’a
    Abu Dawud meriwayatkan sesungguhnya Nabi SAW berpuasa pada tanggal 9 Dzulhijjah.

    5) Puasa pada pertengahan bulan qamariyah (ayyaamul bidh)
    Dari Abu Dzar ra. berkata, Rasulullah memerintahkan kami berpuasa tiga hari setiap bulan pada tanggal 13, 14, dan 15 (HR. Nasa’i dan Tirmidzi. Hadits Shohih menurut Ibnu Hibban).
    Dari Abu Dzar ra. berkata, Rasulullah bersabda : “Jika kamu berpuasa tiga hari dari satu bulan maka berpuasalah pada tanggal 13, 14, dan 15.” (HR. Nasa’, Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
    Ibnu Abbas ra. berkata : “Adalah Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan berpuasa pada hari putih (tanggal 13, 14, dan 15) baik dalam di rumah atau keluar rumah.” (HR. Thabrani)

    6) Puasa pada hari isnin dan khamis
    Abu Hurairah ra. berkata, Nabi SAW senantiasa berpuasa pada hari isnin dan khamis, lantas ada orang yang bertanya kepadanya : “Wahai Rasulullah sesungguhnya engkau berpuasa pada hari isnin dan khamis?” Lalu beliau menjawab : “Sesungguhnya hari isnin dan khamis adalah di mana Allah mengampuni dosa-dosa setiap muslim kecuali dua orang muslim yanng tidak mahu berbicara (lantaran bermusuhan).” (HR. Ibnu Majah)
    Abu Hurairah ra. berkata, Nabi SAW senantiasa berpuasa pada hari isnin dan khamis dan bersabda : “Amal perbuatan (hamba) dihadapkan kepada Allah pada kedua hari itu. Aku suka bila amal perbuatanku dihadapkan kepadaNYA dalam keadaan aku berpuasa.” (HR. Tirmidzi)

    7) Puasa di bulan Muharram
    Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Solat yang paling afdhal selain solat fardhu adalah solat sunnah di waktu pertengahan malam, dan puasa yang paling afdhal setelah puasa bulan ramadhan adalah puasa pada bulan Allah yaitu bulan muharram.” (HR. Muslim).

    Hari-hari yang Diharamkan/Makruh Puasa

    1. Hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.
    2. Pada hari tasyrik, aitu tanggal 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.Dari Nabaisyah Al-Hudzaili ra, ia berkata Rasulullah SAW bersabda : “Hari Tasyrik itu adalah hari makan, minum dan menyebut nama Allah SWT.” (HR. Muslim).
    3. Hari syak yakni hari yang diragukan tentang adanya hilal pada awal Ramadhan atau masih pada akhir bulan Sya’ban. Menurut sebahagian ulama puasa pada hari syak hukumnya makruh.

2 comments:

  1. Syaaban akan berakhir maka ramadhan pula akan menjelma.. Ramadhan Ya Ramadhan. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!!!!

    ReplyDelete
  2. ya btol tu ramadhan bln yg sgt dinanti2 oleh smua umat islam.. bln yg penuh ngn keberkatan.i.Allah

    ReplyDelete